VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Monday, August 21, 2006

Hilangkah Gabra kita dengan Gubra ?

Hilangkah haus hiburan kita dgn Gubra yang kabur...
Itulah realitinya...
Gubra yang menelan kos RM1 juta dengan paparan poster seorang perempuan Muslim memeluk erat seorang lelaki Cina telah pun memenangi filem terbaik dalam festival filem Malaysia ke-19 baru-baru ini.

Ini keputusan juri, tapi adakah ini bermakna ia juga berjaya memenangi hati rakyat Malaysia keseluruhannya?

Segala bentuk hiburan yang melalai dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi tidak mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari.
Pada masa yang sama ia juga merupakan pil penyubur kepada nafsu yang tidak pernah rehat merosakkan manusia. Tidak membawa manusia kepada fitrah kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan.

Malah Tuhan langsung diketepikan. Tidak ada unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin liar lalu terbentuklah peribadi yang rosak dan merosakkan.
Hanya memberi kelegaan dan kepuasan yang bersifat sementara. Tidak kekal dan tidak selamat, malah ramai yang tertipu dengan hiburan sementara ini.
Mereka akhirnya memerangkap dan menjerat diri hingga menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas dan nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan alasan sekadar untuk 'release tension' tapi akhirnya apabila sudah terjebak, ia mula memakan diri dan mengakibat kerosakan yang cukup besar dan kronik.

SO APA PILIHAN YANG SAYA ADA ?

Pilihlah hiburan yang sedap dan ori….

Hiburan yang mendidik manusia membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan serta kesannya berkekalan. Merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan.
Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya serta mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Contohnya : Jadikan menuntut ilmu itu hiburan… Dengar nasyid-nasyid itu sebagai hiburan, atau berbakti kepada ibu bapa itu hiburan atau berulangalik ke masjid mendengar majlis ilmu itu hiburan…

Media kenalah menjadi mediumnya, Soalnya siapa dibelakang media.

Pada pandangan saya, tidak terjadi satu perkara melainkan dengan adanya sebab musababnya. Setelah 49 tahun merdekanya negara dari penjajahan, bagaimana boleh muncul isu-isu seperti ini. Bukan setakat Gubra yang menjadi kontroversi malah individu yang terbabit dalam filem ini seperti pelakon dan pengarahnya telah membuat kegelabahan pada masyarakat. Belum pernah ada artis atau pun karyawan filem yang membuat seorang menteri itu menjadi gelabah.
Memang, dari segi luarannya menteri itu gubra tetapi hakikatnya tidak, kerana menteri itu hanya gubra untuk menjawab pertanyaan dan persoalan dari masyarakat yang benci dengan suasana kegelabahan dan kegubraan yang dicipta oleh pemerintah.

"Ke Arah Penerbitan Cemerlang", itulah tema yang diberi dalam FFM ke-19 yang amat sesuai sekali di mata pemerintah lebih-lebih lagi filem yang bertajuk Gubra ini boleh menang,

Tapi yang pentingnya....

Adakah selepas ini akan muncul 'GUBRA' II lagi III , IV etc ? Emm..apa kaitan filem-filem ini dengan IFC juga sinonimnya dengan gejala murtad atau jalan-jalan menujunya..atau hanya cerminan rosakkan masyarakat kini atau ia akan menambah segera kerosakan yang sedia ada ( bahasanya, nilainya, adatnya, dan yang penting AGAMA )

Kementerian Dato Rais kene bertanggungjawab...

Banyaknya masalah...
Mari kita selesaikan...mulakan berjemaah, bincang , plankan sesuatu...
sentiasalah berdoa...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

website counters
Adelphia DSL

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com