VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Friday, September 01, 2006




Bismillah,
alhamdulillah..
selawat ke atas Nabi SAW kekasih kita semua..

Pagi Jumaat...dapat berjemaah, seperti rutin biasa menghantar anak isteri ke sekolah, then siap-siap diri untuk program harian bertemu orang ramai, mereka adalah mad'u...
Perlu diperhalusi perkataan dan tindakan , juga nasihat...

Ya Allah bantulah hambamu ini..

Rabu lalu

Bertemu dan beramah mesra sambil berdiskusi bersama M & Z, sudah lama tak bertemu..tentu banyak masalah yang ditimbulkan... Tapi sebahagian sudah berpindah ofis.

Jam 3.00 - Dengan kesesakan jalan ramai dek kerana meraikan kegilaan rempitan remaja yang kini disponsor, hanya kerana mengibar bendera disepanjang jalan...habis jem dibuatnya..:)

3.30 - bersama pelajar GM , Ya kita berdiskusi membincangkan Falsafah Kemerdekaan : Cabaran Pengisian.

agak Lewat kepulangan hari ini dengan jemnya...

Malam ana bergegas ke salah sebuah sekolah di Bandar Tasek Selatan , bersama guru, ibu-bapa dan pelajar dalam munajat dan solat mereka .

Meraikan pelajar PMR & SPM.

2 kerja yang perlu kita buat:-

1. Niat yang betul
2. Perlaksanaan yang tepat yang istiqomah

Malam tersebut semua kita yang hadir memurnikan niat serta matlamat kita lalu
mengharapkan MARDHOTILLAH...

Ada sedikit motivasi selepas itu...
Semasa makan bersama penganjur dapat pula berkenalan
dengan penulis buku SEUTAI KASIH , SECEBIS HARAPAN

Maha Suci Mu Ya ALLAH..

Program selesai jam 11.30 malam

Sempat melalui jalan-jalan KL yang jem terganggu dengan aksi merdeka anak-anak muda
yang tersalah memahami erti kemerdekaan...

Salah siapa?
Mengapa salah?
Tersalah atau Buat salah?

Malam tersebut di Masjid KLCC , bersama Akhil Hayy dan Mestika dan diikuti Qiammulaill
bersama Ustaz Dzulkarnain Hamzah jam 3pg.

Juga xcpd dakwah anak-anak muda IPAS bersama NGO di sekitar KLCC dan Bangsar tahniah...
Sempat juga bertemu pengarang buku Mengapa Halal , Kenapa Mesti Merancang Pusaka..


Khamis

Pagi kemerdekaan...
Bagaimana agaknya Subuh Umat Islam di M'sia...
Malaikat dan ALLAH Yang Maha Mengetahui..

Jam 11 - bersama NGO muslim berbincang dengan maslaah yang berbangkit.

2 ptg - Menziarahi pusara Nenda dan Hj Bakri di Kg Nakhoda..dan menziarahi Ummi & Pak Uda di Selayang Baru.. Banyak isu telah dibangkitkan..

4ptg - Usrah Muslimat dan bergegas ke Kompleks TH Kelana Jaya melalui LDP dalam keadaan hujan lebat , Asar disana dan bertemu pegawai bimbingan TH.

5.30 - Bertemu Us LAH , terima kasih komik mendidik style baru...comel khusus untuk sekolah rendah ..isinya menarik cuma RM2 sahaja...

6.30 di - bertamu di umah cikgu Saiful di Gombak . Terima kasih atas layanan..Solat maghrib bersama pelajar.

then bergegas pulang sebelum Isyak sempat memberi tazkirah di surau.

Selepas Isyak Program Khas bersama pelajar UPSR

Itu sedikit sumbangan , belum sampai pengorbanan..

Banyak Hikmah dari cerita yang diperolehi sepanjang hari...nanti kita berkongsi...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

website counters
Adelphia DSL

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com