Bijak Merancang Atau kita Dirancang

Kenalah Jaga
Sembahyang Sungguh-Sungguh [1]
10.23 pagi di Kedai Kopi Pak Kassim, Atan dan Sazali berbual..
Dengar tak Man AZAN pagi tadi ?
Ada ke orang Azan,Azan apa
Subuh?
Alamak , saya bangun lambat la
Jadi , kau tak dengar azan la
Ye la..
Seruannya? Ajakannya ? Macam mana
Qadha la , apa lagi !!
Kau kena qadha 2 !, Subuh dan Azan sekali :-)
****************************************************************
SOlat adalah ibu segala ibadah, tiang agama, pembangun insaniah dan umat,
maka sembahyang hendaklah istiqamah mengerjakannya.
Dijaga sungguh-sungguh roh sembahyang itu bahkan kalau boleh sekalipun perkara yang sekecil-kecilnya hendaklah dipelihara seperti :
mempertahankan sunatnya,
jauhi yang makruh di dalam sembahyang,
sembahyang di awal waktu,
pertahankan sembahyang jemaah,
luruskan saf, rapat-rapat ketika sembahyang jemaah.
Cadangan
Tempat sujud biarlah kain putih, agar kita benar-benar dapat membuat penumpuan kepada kerja sembahyang.
Begitulah juga jauhi daripada bersembahyang di tempat yang sibuk, tempat lalu-lalang orang, tempat hingar-bingar, hirukpikuk yang boleh mengganggu kekhusyukkan kita di dalam sembahyang, yang boleh mengganggu kita untuk menghayati sembahyang sepenuhnya agar sembahyang kita itu benar-benar membina fikiran kita dan membangunkan jiwa kita.
Agar sembahyang betul-betul mendidik kita hingga boleh mengubah sikap dan perihal hidup kita daripada jahat kepada baik.
Hasil Produk Solat
Rasa takut, rasa bimbang, rasa malu, rasa gementar, rasa hina diri, rasa lemah dan dhaif, meminta, mengharap, mensucikan dan mentaqdiskan ALLAH , membesarkan-Nya, merindui, bermanja-manja, merasa dilihat-Nya, merasa didengar-Nya, merasa dikuasai-Nya, rasa diketahui-Nya, memenuhi lubuk hati kita.
Dengan cara itu subur jiwa tauhid kita dan sekaligus dapat menghidupkan jiwa kehambaan di dalam jiwa kita dan dengan itu ruang-ruang yang mengganggu dan melalaikan kita tertutup habis.
Maka oleh yang demikian sembahyang itu semakin lama makin
memberi kesan kepada fikiran, jiwa dan sikap serta perilaku kita.
SOLAT kita akan mendidik KITA...jadi orang semakin pupus mazmumahnya..
Mari kita merancang untuk BERSEDIA untuk SOLAT...
1- Pilihlah waktu yang AWAL
2- Pilihlah tempat yang BAIK ( masjid , surau )
3- Jadilah Makmum yang MUAFIQ ( kalau dapat jadi imam atau Bilal lagi best)
...banyak lagi... Payah kan!
Peratus kepayahan itu boleh dikurangkan dari masa ke semasa dengan
PERANCANGAN..
Selamat Merancang..

0 Comments:
Post a Comment
<< Home