VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Wednesday, September 06, 2006

Dosa : Beban dunia bawa Ke AKHIRAT ?

a


BILA Tuan Guru Menjawab ?

Ada 2 cara untuk kita cepat tahu :-
1- Belajar bersungguh-sungguh.
2- Bertanya dan bergaul dengan orang yang bersungguh-sungguh. (alim)

atau buat kedua-duanya sekali
:-)

Mari kita belajar pemikiran satu Menteri Besar yang lain dari (MB) yang lain


W: Pemimpin Umno sering mengungkitkan Kelantan mendapat peruntukan RM7.6 bilion dalam RMK9. Mungkin Tuan Guru mempunyai pandangan berbeza?

MB : Orang Islam fikir cara lain, orang nasionalis cara lain.
Orang Islam fikir bukan setakat dunia sahaja, sama ada dia bangsa Melayu, Cina atau sebagainya.
Orang Islam fikir hidup di dunia untuk menyediakan bekal bagi akhirat.


Sebab itulah untuk memantapkan fikiran manusia tidak semestinya bertapak di atas falsafah wang ringgit.

Sebab itulah Allah melantik Nabi Muhammad s.a.w daripada golongan yang miskin. Kalau kira pada pandangan zahir, Nabi Muhammad s.a.w tidak layak menjadi Nabi kerana baginda orang miskin.

Tetapi dalam keadaan miskin itulah Allah Taala lantik baginda menjadi Nabi kerana yakin manusia tidak perlukan duit tetapi perlukan penjelasan. Penjelasan pertama yang perlu diberitahu ialah dunia ini kepunyaan Allah.

Allah juga mengadakan akhirat untuk membalas perbuatan manusia nanti.


W: Umno juga mengagungkan perjuangan bangsa?

MB : Bangsa tidak boleh hendak diubah. Kalau kita kempen sekali pun orang Cina tidak akan menjadi Melayu. Perkara ini tidak boleh diubah. Saya sendiri orang Melayu tidak merasa mujur menjadi bangsa Melayu, kalau menjadi Cina pun tidak apa.

Sedangkan bangsa tidak boleh diikhtiar hendak diubah. Saya mujur kalau saya jadi orang Melayu yang Muslim. Kalau saya jadi Cina Muslim pun mujur. Islam dan tidak Islam ini perkara yang boleh diiktiar. Bangsa ini tidak boleh diubah. Sejak dilahirkan lagi kita sudah menjadi bangsa Melayu.

Kita tidak boleh hendak cemburu kepada orang Cina kerana dia Cina, apa yang boleh kita cemburu ialah sifat yang ada pada bangsa itu. Inilah yang PAS sibukkan.

Umno tidak hendak ikhtiarkan supaya sifat ini menjadi baik. Baik itu bila guna Islam, iman dan taqwa. Inilah yang PAS sedang usahakan supaya manusia menjadi baik.

Umno tidak boleh menyelamatkan bangsa menjadi baik dengan bergantung kepada semangat bangsa sahaja.

W:
Adakah Cina Muslim juga boleh dilantik sebagai ketua kerajaan
?


MB : Orang Cina boleh jadi Menteri Besar Kelantan sekiranya dia Islam, warak dan berpelajaran. Tapi orang Umno tidak boleh kata Cina boleh menjadi MB sekiranya dia Melayu.

Soalan buat ex UPSR

1.BEZAkan MELAYU yang Islam dengan MELAYU yang melayu ?

A) berKopiah, yang satu lagi Bersongkok
B) berMUKTAMAR yang satu lagi BerHIMPUN
C) ALLAHU AKBAR , yang satu lagi Hidup Melayu
D) Agamaku Islam , satu lagi Bangsaku Melayu
D) Semua diatas


:-)


9.30 malam Isnin

Dapat bertemu sahabat lama al fadhil us umran ( sejak musim lepas belum berjumpa , itu pun di mekah hanya sempat telefon sahaja)..dapat bersama berbual dan bertukar-tukar fikiran dan idea...Komik "Abid yang tertipu" dan banner Islam 1 set telah kutitipkan buat bekal

10.30 mlm :
Kuliah Tarbiyyah di iqra ul madrasah

Rabu

Bersama pelajar MARA

dapat surat untuk siap-siap pada 9 dan 10 ada kursus di KKJ pula.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

website counters
Adelphia DSL

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com