VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Tuesday, October 10, 2006


17 &18 - NUZUL AL-QUR'AN
Siri Tadabbur & Tadarus Al Quran

Best minda ini...jom ziarah kejap..

http://www.tvpas.com/material.php?cat=minda&id=4269

JuZ 17 :
Ada 2 surah di dalam juzuk ini..
1. Surah Al-Anbiya'
  • Siapa Nabi?
  • Siapa pula Rasul ?
  • Tugas mereka...
  • Kewajipan kita terhadap mereka...
  • Padah mereka yang mengingkari ajaran Nabi / Rasul
2. Surah Al-Haj
- Kiamat, Proses Kejadian Manusia, Kewajiban Haji
-Kisah Nabi Nuh, Hud, Musa Harun, Isa a.s
Juz 18
1.Surah Al-Mukminun
- Sifat kita Orang Beriman yang BERJAYA ( AL-FALAH)
1) Khusyuk Solat
2) Jauhi perkara - perkara lalai
3) Zakat ditunai
4) Jaga Kemaluan
5) Amanah di pelihara
6) Solat dipelihara
- Proses Kejadian Manusia( ayat 12- ayat 16)
-Kisah Kiamat
2. Surah aN Nur
Gagasan Menutup Aurat

Mutiara kata..
A person with taqwa,even if he does not sin, he still feels sinful.
With no sins committed, feeling sinful, what more if he has sinned, he feels miserable,thinking of it for the rest of his life,continuously in repentance with his God.

Monday, October 09, 2006








Amalan Bagus sebelum :




1. Berbuka ...

Perbanyakkan :-
1. Syahadah...
2. Istighfar
3. Doa mohon redha Illahi dan SyurgaNya
4. Doa mohon dijauhkan dari murka dan NerakaNya
5. Doa makan, doa buka pose
6. Mulakan dengan rutob atau tamar atau air kosong...
7. Bersegera solat maghrib berjemaah
8. Makmum muafiq di soff pertama..


Sahur...
Bangun tidur :-

1. Doa bangun...
2. Doa masuk bilik air..
3. Doa tubik darinya..
4. Solat tahajjud..
5. Doa
6. Makan sahur
7. Ibadah ( Solat malam, tilawah dll)
8. Imsakkan diri sekiranya 50 ayat sebelum azan
9. Mendengar Azan & Menjawabnya
10. Bersegera ke Masjid/ Surau
11. Doa keluar rumah
12. Zikir pagi dalam perjalanan ke masjid
13. Doa masuk masjid
14. Solat fajar 2 rakaat
15. Soff awal sambil menjawab iqomah
1. Jadi makmum muafiq..

Tinggal...
4 hari : Pencarian Puncak Lailatul Qadar
14 hari : Hari Graduan TAQWA I'dul Fitri
Umur kita....berapa hari lagi tinggal?
Sempat tak beraya ...

Sunday, October 08, 2006

Taubatku Terimalah YA ALLAH...Amin..

Ramadhan Akhir Zaman











Apa khabar kawan-kawan?
..ibadah kita, sihat dok?
Puasa awam lagi ke?
Tarawih bermalasan lagi ...
Tadarus merangkak...
Zikir kurang ?

Ingat NABI kita pesan agar memperbanyakkan 4 zikir :-
1- La ila ha illallah
2- Pohon Ampunan
3- Selalu mohonkan syurga
4- Mohon Perlindungan dari Neraka

Alamak...skrg dah 15 Ramadhan



Ramadhan Akhir Zaman ?

Di akhir zaman ramai umat Islam beribadah secara jahil kerana mempelajari syariat secara rambang sahaja,tidak faham peranan syariat, tidak faham mana yang fardhu, mana yang wajib, mana yang sunat, sah batal pun tidak begitu difahami oleh ramai umat Islam.
Apakah beribadah seperti ini ALLAH terima?


Adakalanya kerana mengejar fadhilat terlanggar yang fardhu dan yang wajib, kerana membuat yang sunat tidak peduli pantang-larang syariat.Hendakkan fadhilat puasa Isnin Khamis, waktu berbuka tidak kira makanan halal atau haram.Kerana mengejar pahala umrah, setiap tahun mengerjakan umrah, fakir miskin depan rumah diabaikan, bahkan dibiarkan.Kenduri arwah tidak dicuaikan, tapi sembahyang fardhu diabaikan.Kerana hendakkan fadhilat sembahyang di raudhah, berkasar dengan orang, sakit pula hati orang yang wajib dijaga.Kerana hendak mencium hajarul aswad melanggar dan menyiku orang, padahal perbuatan itu adalah haram,mencium hajarul aswad hanya sunat sahaja di dalam Islam,tidak mencium bukan satu kesalahan.

Rajin solat malam tapi bakhil menjadi pakaian, sombong menjadi budaya sedangkan perbuatan itu adalah haram termasuk dosa besar. Rajin berdakwah, sering membuat ceramah tapi kerana nama dan glamour yang dilarang Allah.

Beribadah di masjid rajin, tapi di rumah Allah Taala itu jugalah dia mengumpat,bercerita tentang dunia.Berpuasa sunat jarang ditinggalkan tapi sepanjang hari membuka aurat atau berpakaian ketat.Meninggalkan sunat bukan satu kesalahan, mendedahkan aurat perkara yang dilarang.

Kesimpulan

Begitulah umat Islam bersyariat di akhir zaman. Rajin juga beribadah tapi pantang larang, tata tertib, mana yang utama tidak difaham.Kalau di Mekah atau di Madinah, bersembahyang di kedua-dua masjid ini ada yang melangkah orang sedang bersembahyang, berkasar dengan orang kerana merebut tempat sembahyang.

Di dalam beribadah berkecai ukhuwah dan kasih sayang yang sangat dituntut oleh Islam.

Moga Ramadhan ini , kita berubah...Amin

Sematkan Tekad NIAT untuk berubah...ambil peluang Ramadhan ini...

Sudah merancang untuk 10 malam terakhir...

Mulakan sekarang..

website counters
Adelphia DSL

 

Mari senantiasa kita berselawat ke atas Nabi SAW

Powered by Blogger

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com