VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Thursday, December 14, 2006

Lambaian Rasulullah SAW


Fidaka Ya Rasul..

Allahumma Solli A'la Muhammad

3 hari ana di Madinah Al Munawwarah..

sebelum itu
5hb Disember 2006 bersama KT 35
daftar diri di kelana Jaya jam 7.15 pagi
so pagi2 dalam jam 4 pagi...ayahanda bonda juga adik perempuan bersama
my family bertolak meninggalkan 'syurga' ku menuju
ke Bumi Anbiya..
Ya , satu hari yang disayang akan juga ditinggalkan..

dengan penerbangan MH07 meluncur meninggalkan KLIA...
ianya adalah seminggu yang lalu..

Kini ku menjadi tetamu Mu Ya Rasul...
Menziarahi Masjid Mu dan Maqam Mu..
Memberi Salam tanda penghargaan seorang Umat kepada
Junjungan Mulia SAW...
Assalamualaika Ayyuhan Nabiyu Wa Rahmatullah Wa barakatuh.

Juga Kepada Penyokong Kuat Mu
Saidina Abu Bakar As Siddiq
Assalamualaika Ya Khalifata Rasulillah
Sahabat Mu , Bapa mertua Mu

Juga kepada Sahabat mu juga Bapa mertua Mu
Amirul Mukminin Saidina Umar Al Khattab
Assalamaulaika Ya Amiral Mukminin..

Disekitarku ramai umatMu Ya Rasul ...
Datan dengan tujuan yang sama menziarahiMu
lantas memperbaharui CINTA
kepada Mu..

CINTA ku Hanyalah Untuk Allah
dan untuk Rasulnya SAW.

Alhamdulillah..
Saya ditempatkan di Al-Haram Hotel..
Ada 14 tingkat.
Terletak dibelakang masjid sebelah Utara.

Perumahan Jemaah Haji Msia disini
dikenali sebagai Zon 1 , dan juga ditempatkan pejabat Maktab Swasta..

Dapat menziarahi Jannatu Baqi' bersama sahabat khirrij Madinah
Putera Shith al - Madani di pagi yang sejahtera..

em... baru terima laporan pesakit stroke yang nak dibawa ke Makkah
bersama kawan2bergegas ke klinik Msia di Ibu Pejabat TH Madinah...
Bertemu dengan pihak berwajib...berbincang..

Ya , Muafakat diambil bahawa JH tersebut tiada taklif berada dalam ihram kerana masalah stroke..

Tiiba-tiba , pengarah perubatan Madinah bergegas naik bertemu
dengan kami mengkhabarkan seorang JH wanita kembali ke Rahmatullah ...

Al Fatihah

Ya setiap yang hidup pasti merasai mati...

Ada hadith..
"Sesiapa mampu mati di Madinah maka berusahalah kerana nanti
aku mensyafaatinya di Akhirat "

Beruntung arwah dan suami yang hadir , berita yang diterima
mereka belum sempat check in pun.

Petang ni hantar 5 orang kawan-kawan ke Makkah
mereka tumpang KT20
Lusa ana nak ke Makkah

Alhamdulillah , dapat dengan GMC
bertemu di Lobi Al-Haram jam 5.30, 6ptg sampai
di Bir Ali ( Dzulhulaifah)
Solat Maghrib/isyak secara Jamak Takdim.

Labbaikallah humma Laibaik..
Jam 10 sampai
pagi Jumaat jam 1pagi...
Tawaf Umrah, Siae Umrah Tahullul dengan cara Muhaliq..
bersama sahabat Nukman Fadil.dan petugas Celcom..

Alhamdulillah...
Pagi esok , ana melapor diri di Aziziah Hospital..

Tksh..

website counters
Adelphia DSL

 

Mari senantiasa kita berselawat ke atas Nabi SAW

Powered by Blogger

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com