
JUTAWAN BERPAHALA ?
Sambutan Idilfitri & Meraikan Jemaah Haji 1427h bersama AL-Hijrah PPR Batu 5, Kuala Lumpur pada 9hb Nov 2006 bersamaan 17 Syawal 1427h
Assalamualaikum semua, apa khabar iman,amal kita?
Ya, mungkin kita bergelar Jutawan atau Ribuan atau Ratusan..Jangan salah sangka bukan Jutawan RM , tapi Jutawan Pahala.. yang kita perolehi setelah sebulan beribadah siang dan malam, baca Al Qur’an, iktikaf, join majlis ilmu, zikir , khidmat dan pelbagai variasi ibadah yang dikerjakan... Ibadah kita belum tentu diterima tapi sekurang-kurang dengan apa yang kita buat , kita gembira kerana telah mengisi MASA RAMADHAN dengan yang sepatutnya..
Semua itu berasaskan amalan individu yang adalah dalam masyarakat…yang akhirnya membentuk keluarga dan masyarakat yang lebih besar…Ya kita ingin masyakarat kita maju, bagaimana ia dapat maju dan bertamadun ?
Ia maju kerana anggota-anggota di dalam diri umat Islam itu dapat dibangunkan atau dimajukan berpaksikan iman atau akidah atau tauhid. - Akalnya dapat dibangunkan dengan bermacam-macam ilmu yang memberi manfaat sama ada ilmu Akhirat mahupun ilmu dunia yang bermacam-macam cabangnya.Dipenuhi pula dengan pengalaman-pengalaman. - Jiwanya dapat dibangunkan rasa tauhid, sifat ikhlas, kasih sayang, pemurah, berani, sabar, tawakal, lapang dada, bertolak ansur, redha, qanaah dan zuhud. - Nafsunya dapat dibangunkan (dibersihkan daripada nafsu ammarah kepada lawwamah seterusnya mulhamah, mutmainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah). Paling tidak, dapat dibangunkan kepada nafsu mulhamah. Di sini sudah sampai kawasan selamat. Lebih daripada itu ia merupakan subsidi dari Allah iaitu darjat-darjat dan pangkat-pangkat yang lebih tinggi lagi di kalangan orang mukmin. Membangunkan jiwa dan nafsu ini, ia bersifat rohaniah. Kemudian anggota lahirnya dapat membangunkankemajuan fizikal berpandukan ilmu dan bertunjangkan iman. Di antaranya ialah membangunkan keperluan-keperluan kehidupan dunia yang bersifat material seperti makan minum yang sebaik mungkin, tempat tinggal dan tempat kerja yang secanggih mungkin. Juga dapat membangunkan kemudahan-kemudahan hidup seperti jalan raya yang baik mengikut zamannya, alat-alat senjata yang canggih dan seimbang atau lebih untuk keperluan semasa demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air daripada serangan musuh. Kalau begitu, masyarakat madani adalah satu masyarakat yang wujud begitu unik, indah, menyenangkan dan selesa kerana di dalamnya penuh dengan sifat-sifat dan ciri-ciri ukhwah, kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bekerjasama, menyenangkan, bersatu padu, bertolak ansur, maaf-bermaafan, doa-mendoakan, bertolong bantu, pemurah dan berani. Di sudut kerohaniannya, berdisiplin dan bersih daripada dosa serta noda. Kalau berlaku pun terlalu sedikit atau ada tetapi tidak dapat dilihat kerana ia telah tenggelam dengan pahala atau kebaikan yang tercetus dari masyarakat Islam. Anggota masyarakatnya benar-benar hidup di dalam suasana aman makmur, maju, membangun, berkemudahan di dalam serba-serbi, makan minum cukup atau boleh jadi mewah, pakaian serba ada, tempat tinggal selesa, perhubungan mudah, perniagaan, industri, pertanian dan pendidikan maju. Semua orang ada kerja. Penganggur sifrar. Mudah beragama, senang mencari rezeki, mudah belajar, tempat- tempat rawatan penyakit banyak dan menyenangkan. Maruah agama, bangsa dan negara terjaga. Semua aspek hakhak asasi manusia terjamin. Ia dijaga dan dipertahankan. Siapa yang mencerobohnya diadili dan dihukum setimpal dengan kesalahannya. Manusia rasa bebas membuat aktiviti. Namun di dalam kebebasan itu tidak pula melanggar peraturan dan tidak merosakkan hak asasi manusia. Manusia aktif tetapi berdisiplin. Rajin tidakpula sampai melanggar etika masyarakat. Di dalam maju, suasana tenang. Di dalam kesibukan, tidak ada pelanggaran undang-undang. Bertemu, bergaul, berbincang, bermesyuarat, bercakap tetapi dengan penuh bersopan serta rendah diri. Tidak ada orang yang berlagak dan menunjuk-nunjuk. Di dalam suasana hormat-menghormati, jaga-menjaga, ingat-mengingati, tegur-menegur, sayang-menyayangi. Berlumba-lumba membuat kemajuan dan kebaikan tetapi tidak ada hasad dengki. Ia bersifat selamat dan menyelamatkan. Sebenarnya kaedah dan cara untuk membangunkan masyarakat madani sudah pun dijelaskan oleh ajaran Islam, melalui Al Quran dan Sunnah. Gambaran secara realitinya dan amali yang telah berlaku pula telah dipaparkan oleh buku-buku sejarah.
Oleh itu hari ini kita bukan hendak mencari-cari kaedah dan bentuk baru. Kaedah telah ada. Al Quran dan Sunnah cukup terang tentang itu. Gambaran masyarakat yang wujud sekitar 3 kurun, jelas sekali telah dipaparkan oleh buku-buku sejarah. Apakah yang patut kita, tuan, puan, abang, kakak , pakcik, makcik buat?
Yang patut kita buat ialah mengusahakan supaya orang-orang Islam mahu memperjuangkannya, menggesa agar umat Islam boleh menerima kaedah itu dan bagaimana agar sampai gambaran masyarakat Islam (masyarakat madani) itu boleh diterima oleh umat Islam.
Mari kita cari turning point yang betul? Dimana kita nak mula?
Teringat hadith berkenaan ‘tiang agama’ , so tiang Hidup kita ialah SOLAT , yang ni semua kita kena betulkan, ada yang LIAT nak solat = Berubahlah , yang malas = BERMOTIVASILAH, solat sorang-sorang = timbulkan rasa nak berjemaah dimasjid mahupun surau…Buatlah keranaNya , mulakan hidup anda dengan ILMU , jangan buat secara tradisi( adat ) , rugi tak dapat apa-apa …buat lah kerana ibadat, suci diri dari riya dan syirik kerana disitu adalah RahmahNya..




