VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Saturday, August 26, 2006

Susahnya Mengenal Musuh siri 1 ?




Bacalah di dada-dada akhbar harian...

"Akbar Hari ni menyiarkan..."


Kita akan mendengar pelbagai berita, ada cerita dalam dan ada yang luar negeri...
Itu cerita orang atau berita orang atau berita negeri orang...

Berita kita ...
Cerita kita...
kalaulah mendapat tempat di muka depan..

Rasa-rasanya ada tak orang nak baca..
atau soalan awal sekali , ada tak wartawan yang nak tulis..

Nak Tulis

tapi ada dekat dengan kita, tak jauh, sebelah je
Kiraaman Kaatibin..
setia mencari 'cerita' atau 'berita' anda
dan..
dia TULIS

Laporan Media Yahudi.

..Fakta berkaitan usaha merobohkan masjid-masjid milik umat Islam kini bukan hanya didedahkan oleh umat Islam tetapi media Yahudi sendiri.

Sebagai contohnya : Israel Haaretz pada 16/9/2005 telah mendedahkan fakta yang disembunyikan oleh rejim zionis tentang nasib 34 masjid yang diubah menjadi sinanog Yahudi dan muzium selaras dengan fakta yang dikeluarkan oleh Al-Aqsa Foundation.

Haaretz juga melaporkan 39 masjid lain telah ditinggalkan terbiar kerana tidak boleh dimasuki oleh warga Palestin kerana dihalang oleh pihak berkuasa rejim Zionis.

Masjid di tempat kita guane ?
Surau di perumahan kita guane?

Friday, August 25, 2006

MERDEKA yang tidak merdeka?



Assalamualaikum, Apa khabar semua...

Syukur kpd Illahi atas segalanya, Selawat dan salam atas Nabi SAW juga kepada Ahli Bait, sahabat-sahabat juga solihin sepanjang zaman.

Dah gosok gigi ?
Pilihlah Mukmin, Najwa, Halagel , Sure Core dan tinggalkan yang tak halal..
tteringat yang hari ni ada boycot Colgate, Syarbuck, Coca Cola anjuran PPIM dan NGO's Islam...

Isra mikraj baru je berlalu..
Tak lama lagi pakat-pakat kita sambut merdeka...

Hairan juga? macam tempat kita ni 'belum merdeka' ,

emm.. kita ada dua tugas yang berbeza dalam kondisi dan suasana yang berbeza, Yang pertama jika dijajah , kita kena (wajib ) berjuang menuntut membebaskan diri dari penjajahan ( ni cerita sebelum 1957 ) , Yang kedua setelah merdeka , kita kena ( wajib ) mengisi kemerdekaan.

Rasa-rasanya , yang kedua tu tu yang mesti diwar-warkan.. di iklan-iklankan , di sebut-sebutkan , diforum-forumkan , dibahas-bahaskan , pendek kata diperincikan hingga di peringkat kampung...

Ada artikel yang baik untuk kita renungi dalam kita menyambut merdeka kali ini...


Hiburan melalaikan anak bangsaku?

Bangsa yang asyik dengan berhibur ialah bangsa yang lemah jiwa, lemah pendirian, suka meniru orang, tidak ada jati diri, suka berfoya-foya dan berjiwa hamba. Bangsa yang gila dengan berhibur ialah bangsa yang tidak tahu apa erti pengorbanan dan apa erti tanggungjawab untuk memartabatkan bangsa dan agama.

Lebih teruk lagi, bangsa yang terkena sindrom berhibur ini sangat terdedah kepada pengaruh-pengaruh liar dan jahat. Mereka jinak dengan maksiat. Rokok, dadah, arak, pergaulan bebas, seks bebas, rosak moral, bohsia, bohjan dan seribu satu macam salah laku. Tidak ada apa-apa kekuatan dalam jiwa dan diri mereka untuk menolak pengaruh-pengaruh liar dan jahat ini.

Malahan apa yang ada dalam diri mereka hanyalah dorongan dan kecenderungan untuk berbuat apa sahaja asalkan dapat berhibur.Tidak ada siapa yang dapat mereka contohi dan dapat jadikan role model dalam hidup mereka kecualilah para-para artis, dan jaguh-jaguh sukan.

Mereka inilah yang menjadi idola mereka. Mereka inilah yang cuba mereka tiru.
Apa hasilnya?.
Apakah akan terjadi pada orang yang meniru para artis dan ahli sukan juga. Mungkin ada sedikit yang mampu dan berkebolehan. Yang ramainya akan kecundang. Mereka akan cari jalan lain untuk memenuhi keinginan mereka itu.

Mereka akan ikut pop, rock, thrash metal, heavy metal, doom metal, black metal dan sebagainya. Mereka akan memenuhi disko dan pusat-pusat karaoke. Mereka berfoya di sini dan berfoya di sana. Melepak di sini dan melepak di sana. Dalam benak mereka tidak ada lain melainkan artis, lagu, muzik, sukan, pelakon dan isu-isu yang hanya ada sangkut paut dengan dunia hiburan. Bahan bacaan mereka hanyalah akhbar dan majalah hiburan. Percakapan dan bualan mereka di sekitar dunia hiburan. Hiburan, hiburan, hiburan.Mereka terlalu asing dengan persoalan iman, taqwa, akhlak, memperbaiki diri, bermujahadah, mengenal diri dan pembinaan insan.

Mereka tidak faham apa hablumminallah dan hablumminannas.

Mereka tidak tahu apa dia fardhu ain dan apa dia fardhu kifayah. Mereka tidak tahu membaca Al Quran. Yang mereka tahu hanya melalak sini, melalak sana. Inilah kesan dari budaya hiburan. Maksiat yang makan dalam. Kita sibuk dan kita marah anak-anak muda kita tidak berdisplin, tidak ada tujuan hidup, tidak ada cita-cita dan tidak berkemajuan. Walhal kitalah yang telah merosakkan dan mengusir semua itu dari dalam hati dan jiwa mereka dengan tidak berhenti-henti menyogok mereka dengan hiburan. Maksiat yang selama ini kita tidak anggap sebagai maksiat.

Percaya atau tidak, sedar atau tidak, inilah dia perancangan Nasrani dan Yahudi yang halus dan licik. Setelah jiwa anak-anak muda kita dilemahkan, dilalaikan dan diracuni dengan hiburan-hiburan; ada yang berbentuk tari-menari, nyanyian, muzik dan sukan; maka mudahlah bagi mereka memperkotak-katikkan masyarakat dan bangsa kita. Para artis, para pemuzik, ahli-ahli sukan dan olahraga hanyalah alat-alat mereka. Matlamat mereka yang sebenar ialah untuk merosak dan menjajah dan melemahkan fikiran dan jiwa masyarakat, rakyat dan bangsa kita.

Suasana dan persekitaran sekolah juga menjadi penghalang kepada proses pendidikan. Sekolah yang bermatlamatkan kelulusan bersijil bagi tujuan ekonomi dan untuk mendapatkan pekerjaan tidak mencetuskan suasana yang sesuai untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam pendidikan yang bermatlamatkan kesejahteraan dunia dan Akhirat.

Suasana dan nilai kedua-dua ini sangat berbeza dan bertentangan di antara satu sama lain.

Kalaupun ada mata-mata pelajaran yang bertujuan untuk mendidik seperti agama, moral dan sebagainya, ia disampaikan dalam bentuk ilmiah semata-mata seperti mana juga mata-mata pelajaran yang lain. Contohnya, pelajaran agama mengajarkan bahawa solat atau sembahyang itu wajib hukumnya.
Akan tetapi, pelaksanaannya tidak pula ditekan atau diberatkan oleh sekolah sama ada kepada guru mahupun kepada murid. Ikut suka masing-masing. Hendak sembahyang, sembahyanglah. Tak nak sembahyang pun tak apa. Kemudahan untuk bersembahyang pun tidak mencukupi dan masa untuk menunaikannya juga tidak dikhaskan. Begitulah juga halnya dengan hukum menutup aurat, pergaulan bebas lelaki perempuan dan berbagai-bagai lagi.

Disiplin dan kaunseling di sekolah bolehlah dianggap sebagai usaha yang paling hampir kepada pendidikan.
Namun demikian, kedua-dua guru disiplin dan guru kaunseling hanya mengendalikan kes-kes murid yang sudah rosak. Mereka sebenarnya bukan mendidik tetapi membaik pulih. Pendidikan bukan baik pulih tetapi pembentukan akhlak dan peribadi yang bermula dari awal dan dilakukan secara berterusan. Guru disiplin dan guru kaunseling pula selalunya bukan guru darjah atau guru tingkatan bagi murid yang bermasalah tetapi guru yang khusus untuk tujuan itu.

Itu sebabnya usaha mereka kurang efektif kerana mereka tidak kenal secara mendalam murid bermasalah yang mereka kendalikan sama ada watak mereka, sifat mereka, apa yang mereka suka, apa yang mereka benci dan sebagainya. Kalau murid yang bermasalah tidak dikenali betul-betul sifat dan wataknya, tindakan disiplin dan kaunseling mungkin tidak tepat. Ini boleh menjadikan keadaan bertambah buruk dan “counter productive”.

Murid yang kuat perasaan dan kuat emosi contohnya, kalau dilayan dengan ugutan dan kekerasan, akan rosak dan patah jiwanya.

Kalau dimanjakan, akan rosak juga. Sebaliknya, murid yang kuat jiwa yang menyimpan marah dan benci dalam hatinya, kalau dihukum dan disakitkan tanpa diberi kasih sayang akan berdendam sampai bila-bila. Api marahnya mungkin akan padam buat sementara waktu tetapi baranya akan terus menyala menunggu masa sahaja untuk marak semula dengan lebih ganas lagi.

Tambahan kepada keadaan di sekolah, ibu bapa di zaman ini pula umumnya sudah tidak lagi mendidik anak-anak mereka di rumah. Mungkin kerana mereka tidak mampu, tidak tahu bagaimana hendak mendidik atau ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan kerja dan hal-hal urusan dunia. Jadi, kebanyakan anak-anak di zaman ini sebenarnya tidak terdidik. Di rumah tidak, di sekolah pun tidak.

Rumah hanya jadi tempat hotel dan sekolah hanya jadi tempat kursus dan kemahiran untuk kegunaan hidup dan keperluan ekonomi kerana itulah sebenarnya tujuan ilmu akademik. Ibu bapa harapkan pendidikan anak-anak kepada guru dan guru harapkan ibu bapa yang mendidik.

Ibu bapa tak mampu. Guru pun tak mampu.

Akhirnya tidak ada yang membimbing anak-anak dalam hal akidah, dalam hal keimanan dan ketaqwaan, dalam hal ibadah, dalam hal akhlak dan dalam hal hidup beragama.
Akhirnya, yang mendidik anak-anak ialah suasana dan persekitaran yang sudah nyata rosak. Agen-agen yang merosakkan suasana dan persekitaran ini lebih banyak dan ramai dari pihak-pihak dan penguasa yang mengawalnya.

Bermacam-macam bentuk pengaruh liar, separuh lucah dan yang melalaikan disiarkan melalui media elektronik di kaca TV dan radio. Ini termasuklah muziknya, lagu-lagu pop, rock dan metalnya, berbagai-bagai drama, filem termasuk filem Hindustan dan drama-drama yang diimpot.


Program-program ini, walaupun sekali imbas nampak macam “innocent” tetapi mengandungi pengaruh negatif yang halus yang makan dalam dan boleh merosakkan jiwa, jati diri, pegangan dan nilai hidup para pelajar. Para pelajar nampak macam Islam, nama pun nama Islam, tetapi fikiran, hati, jiwa, citarasa, kecenderungan dan nilai hidup mereka sudah tidak Islamik. Mereka tidak kenal Islam.

Jiwa mereka kosong dari keimanan dan ketuhanan.


Mereka ini akan mudah terpengaruh dengan hal-hal yang menyeleweng dan budaya-budaya yang boleh merosakkan akhlak dan tatasusila. Ini ditambah lagi dengan media cetak yang memaparkan berbagai unsur lucah dan separa lucah serta budaya-budaya tergeliat yang melibatkan artis, pelakon, pelawak, ahli sukan dan sebagainya. Mereka inilah yang jadi contoh, ikutan, idola dan role model bagi para pelajar.
Kalau golongan inilah yang dinobatkan sebagai role model dan yang sentiasa dicontohi, apa sangatlah yang hendak diharapkan dari para pelajar kita. Tak hairanlah kalau akhlak dan moral mereka runtuh. Mana perginya tokoh-tokoh seperti para Sahabat, Salehuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh dan beratus-ratus bahkan beribu-ribu lagi watak Islam yang lebih layak dicontohi di samping Rasulullah SAW sendiri.

Tak cukup dengan itu, diadakan pula show dan pementasan secara live dengan muzik pop, rock, metal dan sebagainya. Tak cukup dengan artis tempatan diimpot pula artis dari luar negara. Inul lah,
Gibson, Jaksonlah.

Semuanya datang untuk membuat kerosakan.
Dan segala-galanya dipermudahkan untuk mereka malah diberi pula sokongan dari pihak atasan.

Kita pula sebagai rakyat dikerah untuk membayar mereka ( duit rakyat tu duit kerajaan)

Itu belum lagi internet di mana maksiat yang terkandung di dalamnya seperti laut yang tidak bertepi dengan unsur ganas dan unsur seks yang berbagai-bagai bentuk dan versi mengikut selera dan citarasa siapa sahaja yang meminatinya.

Ada permit

Apa yang kita perkatakan setakat ini ialah perkara dan kegiatan yang ada permit, yang ada lesen yang sah dan yang dibenarkan. Yang tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara. Itu pun sudah cukup merosakkan.

Kita belum lagi memperkatakan tentang unsur dan pengaruh yang diharamkan dan yang tidak berlesen dan berpermit. Tentang VCD lucah yang dijual murah di merata-merata tempat termasuk di perkarangan sekolah. Tentang komik-komik lucah untuk tatapan kanak-kanak sekolah yang dibeli dengan duit belanja sekolah. Tentang dadah, pil-pil khayal dan berbagai-bagai lagi. Semua kegiatan yang haram ini menambahkan lagi kerosakan kepada kerosakan yang sudah tersedia tercetus oleh unsur dan pengaruh yang berlesen dan yang dibenarkan. Ke manakah hala tuju kita sekarang ?

Tiada lagi pendidikan

Golongan pelajar dan anak-anak muda kita sudah rosak kerana tidak ada yang mendidik mereka ke arah akhlak yang mulia dan cara hidup yang sihat.

Di rumah mereka tidak dididik.
Di sekolah juga mereka tidak dididik.

So , siapa yang mendidik mereka?
Mereka terdedah pula kepada suasana dan persekitaran masyarakat yang sudah hancur dan punah ranah, yang hanya menjurus kepada berfoya-foya, berseronok-seronok, berlalai-lalai dan membuang-buang masa.

Siapa yang mesti bertanggungjawab?

Ada orang kata ini bukan masa untuk menunding jari

Saya kata 'selagi kita tak tunding jari , selagi tu orang tu tak berhenti amr bil mungkar nya'

Atau analogi yang mudah, seorang anak dara( rakyat)
telah dirosakkan orang pemuda jalanan, maka antara tindakan awal ibu-bapa (ulil amri ) ialah mencari siapa yang mesti bertanggungjawab?

so..

Tangan kanan membina = kita orang yang ada kesedaran

ada pula

Tangan Kiri yang meruntuh = mereka yang cari untung atas leka, lalainya umat ini..


Saya ulang

Siapa yang bertanggung jawab?

Jawapan ada dalam diri kita,

tapi pastikan kita tidak tidak terlibat .." Wa tarkanu ilallazi na zolamu fatamas sakumunnar..."

Tuesday, August 22, 2006

' Anak sapa ni yeh ' ntv9


Anak kita bagaimana?Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah”, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung ‘pemimpin’ tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya ‘seorang patung’. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan gambaran.Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa’ 17: 7]

Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.

Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu sedang disembelih oleh sebuah realiti.

"...Wa umruka fii ma afna .."


Nasyid muhasabah....


Masa Masa ibarat nyawa bagi manusia
Mestilah diurus dengan bijaksana
Hargailah masa dengan sebaiknya
Supaya tidak rugi


Renunglah masa yang telah berlalu
Ia tak akan boleh datang kembali
Ambillah iktibar untuk diteladani
Agar terbentuk peribadi yang murni
Isilah masa jangan dipersiakan

Rancanglah dengan teliti dan berkesan
Ilmu dicari luaskan pengalaman
Ibadah dilupa jangan

Perjalanan masa tak menunggu kita
Semakin lama usia bertambah tua
Bertuah kita jika dapat mencapai
Umur dan amalan seiring usia

Masa muda jangan ikut perasaan
Masa tua biasanya serba tak senang
Datang bermacam sakit yang tak diundang
Mulakanlah ibadat dari sekarang

Hidup dibina berlandaskan kebenaran
Semoga pulang dengan hati yang tenang
Masa di dunia hanyalah sementara

Masa di akhirat kekal selamanya

Marilah tunaikan kewajipan kita
Pada Yang Maha Esa Masa tidak akan merugikan kita
Bila diatur dengan penuh sempurna
Seperti yang dituntut oleh agama
Hidup pastikan sejahtera selama

Dendangan Rabbani

Monday, August 21, 2006

Hilangkah Gabra kita dengan Gubra ?

Hilangkah haus hiburan kita dgn Gubra yang kabur...
Itulah realitinya...
Gubra yang menelan kos RM1 juta dengan paparan poster seorang perempuan Muslim memeluk erat seorang lelaki Cina telah pun memenangi filem terbaik dalam festival filem Malaysia ke-19 baru-baru ini.

Ini keputusan juri, tapi adakah ini bermakna ia juga berjaya memenangi hati rakyat Malaysia keseluruhannya?

Segala bentuk hiburan yang melalai dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi tidak mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari.
Pada masa yang sama ia juga merupakan pil penyubur kepada nafsu yang tidak pernah rehat merosakkan manusia. Tidak membawa manusia kepada fitrah kemanusiaan dan kasih sayang sesama insan.

Malah Tuhan langsung diketepikan. Tidak ada unsur didikan dan panduan. Hasilnya manusia makin liar lalu terbentuklah peribadi yang rosak dan merosakkan.
Hanya memberi kelegaan dan kepuasan yang bersifat sementara. Tidak kekal dan tidak selamat, malah ramai yang tertipu dengan hiburan sementara ini.
Mereka akhirnya memerangkap dan menjerat diri hingga menyebabkan sukar untuk melepaskan diri dari cengkamannya. Contoh yang jelas dan nyata ialah banyak yang mula mencuba rokok, dadah, arak, seks dengan alasan sekadar untuk 'release tension' tapi akhirnya apabila sudah terjebak, ia mula memakan diri dan mengakibat kerosakan yang cukup besar dan kronik.

SO APA PILIHAN YANG SAYA ADA ?

Pilihlah hiburan yang sedap dan ori….

Hiburan yang mendidik manusia membawa kepada cinta dan takutkan Tuhan. Ianya selamat lagi menyelamatkan serta kesannya berkekalan. Merupakan makanan yang berkhasiat dan berzat, cukup dengan segala vitamin untuk keperluan pembentukan dan pembangunan jiwa, mental dan fizikal manusia, juga berupaya menjadi racun membunuh nafsu yang merosakkan.
Hasilnya akan terbinalah peribadi agung yang kuat jiwanya, tinggi akhlaknya, tajam mindanya, menjadikan tamadun ilmu sebagai budaya serta mampu mencorak dan melahirkan bangsa baru yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Contohnya : Jadikan menuntut ilmu itu hiburan… Dengar nasyid-nasyid itu sebagai hiburan, atau berbakti kepada ibu bapa itu hiburan atau berulangalik ke masjid mendengar majlis ilmu itu hiburan…

Media kenalah menjadi mediumnya, Soalnya siapa dibelakang media.

Pada pandangan saya, tidak terjadi satu perkara melainkan dengan adanya sebab musababnya. Setelah 49 tahun merdekanya negara dari penjajahan, bagaimana boleh muncul isu-isu seperti ini. Bukan setakat Gubra yang menjadi kontroversi malah individu yang terbabit dalam filem ini seperti pelakon dan pengarahnya telah membuat kegelabahan pada masyarakat. Belum pernah ada artis atau pun karyawan filem yang membuat seorang menteri itu menjadi gelabah.
Memang, dari segi luarannya menteri itu gubra tetapi hakikatnya tidak, kerana menteri itu hanya gubra untuk menjawab pertanyaan dan persoalan dari masyarakat yang benci dengan suasana kegelabahan dan kegubraan yang dicipta oleh pemerintah.

"Ke Arah Penerbitan Cemerlang", itulah tema yang diberi dalam FFM ke-19 yang amat sesuai sekali di mata pemerintah lebih-lebih lagi filem yang bertajuk Gubra ini boleh menang,

Tapi yang pentingnya....

Adakah selepas ini akan muncul 'GUBRA' II lagi III , IV etc ? Emm..apa kaitan filem-filem ini dengan IFC juga sinonimnya dengan gejala murtad atau jalan-jalan menujunya..atau hanya cerminan rosakkan masyarakat kini atau ia akan menambah segera kerosakan yang sedia ada ( bahasanya, nilainya, adatnya, dan yang penting AGAMA )

Kementerian Dato Rais kene bertanggungjawab...

Banyaknya masalah...
Mari kita selesaikan...mulakan berjemaah, bincang , plankan sesuatu...
sentiasalah berdoa...

website counters
Adelphia DSL

 

Mari senantiasa kita berselawat ke atas Nabi SAW

Powered by Blogger

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com