VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Friday, September 08, 2006



MAKANAN yang menjadi Musuh?

Anda bermusuh dengan makanan anda?
atau
Makanan anda memusuhi Anda?

Itu tak penting?????
yang penting..

mengapa ada permusuhan..

Jangan lupa boycot Colgate, Starbucks Coke Cola
Terbaru masalah Roti HigH 5 yang beroperasi di NILAI 3 , N9.
http://www.muslimconsumer.org/ppim/

Halal Tidak Memerlukan yang Haram

SALAH satu kebaikan Islam dan kemudahannya yang dibawakan untuk kepentingan ummat manusia, ialah :-

"Islam tidak mengharamkan sesuatu kecuali di situ memberikan suatu jalan keluar yang lebih baik guna mengatasi kebutuhannya itu."

Hal ini seperti apa yang diterangkan oleh Ibnul Qayim dalam A'lamul Muwaqqi'in 2: 111

Raudhatul Muhibbin halaman 10.

Allah telah mengharamkan berbuat zina dan liwath, tetapi di balik itu Ia berikan gantinya berupa perkawinan yang halal.

Allah mengharamkan minum minuman keras, tetapi dibalik itu Ia berikan gantinya berupa minuman yang lezat yang cukup berguna bagi rohani dan jasmani.

Dan begitu juga Allah telah mengharamkan semua macam makanan yang tidak baik (khabaits), tetapi di balik itu Ia telah memberikan gantinya berupa makanan-makanan yang baik (thayyibat).

Begitulah, kalau kita ikuti dengan saksama seluruh hukum Islam ini, maka akan kita jumpai di situ, bahwa Allah s.w.t. tidak memberikan suatu kesempitan (haram) kepada hambanya, melainkan di situ juga dibuka suatu keleluasaan di segi lain.

Karena Allah tidak sekali-sekali ingin untuk menyukar hambaNya dan membuat takut.

Bahkan Ia berkehendak untuk memberikan kemudahan dan kebaikan serta betas-kasih kepada hambaNya.

Sebagaimana difirmankan sendiri oleh Allah dalam al-Quran:

يُرِيدُ اللّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

"Allah berkehendak akan menerangkan kepadamu dan memberikan petunjuk kepadamu tentang cara-cara (sunnah) yang dilakukan orang-orang sebelum kamu, dan Allah juga berkehendak untuk menerima taubatmu, dan Allah adalah Zat yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.


وَاللّهُ يُرِيدُ أَن يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَن تَمِيلُواْ مَيْلاً عَظِيمًا

Allah berkehendak untuk menerima taubatmu, tetapi orang-orang yang mengikuti keinginan hawa nafsunya itu berkehendak untuk berpaling dengan palingan yang sangat. Allah (juga) berkehendak untuk memberikan keringanan kepadamu, sebab manusia itu dicipta dengan keadaan yang lemah."

(an-Nisa': 26-27)

Teringat pentingnya Fiqh Att 'Imah (Feqh Pemakanan) ketika belajar dulu.. Rasanya kena ditekan semula pengajaran ilmu ilmu ini di dalam seni penggunaan harian umat Islam...

Wslm.

Khamis

Pagi - 3 taktivitii..serdang, hj Yunus (zaujah Bnk Tani) - tak sempat dia dah ke KLIA, Th Branch Bt.Caves.

mlm- Progtram Mingguan, then Yaasin / Munajat then 2 mesyuarat menyusul.

Jumaat..

Wednesday, September 06, 2006

Dosa : Beban dunia bawa Ke AKHIRAT ?

a


BILA Tuan Guru Menjawab ?

Ada 2 cara untuk kita cepat tahu :-
1- Belajar bersungguh-sungguh.
2- Bertanya dan bergaul dengan orang yang bersungguh-sungguh. (alim)

atau buat kedua-duanya sekali
:-)

Mari kita belajar pemikiran satu Menteri Besar yang lain dari (MB) yang lain


W: Pemimpin Umno sering mengungkitkan Kelantan mendapat peruntukan RM7.6 bilion dalam RMK9. Mungkin Tuan Guru mempunyai pandangan berbeza?

MB : Orang Islam fikir cara lain, orang nasionalis cara lain.
Orang Islam fikir bukan setakat dunia sahaja, sama ada dia bangsa Melayu, Cina atau sebagainya.
Orang Islam fikir hidup di dunia untuk menyediakan bekal bagi akhirat.


Sebab itulah untuk memantapkan fikiran manusia tidak semestinya bertapak di atas falsafah wang ringgit.

Sebab itulah Allah melantik Nabi Muhammad s.a.w daripada golongan yang miskin. Kalau kira pada pandangan zahir, Nabi Muhammad s.a.w tidak layak menjadi Nabi kerana baginda orang miskin.

Tetapi dalam keadaan miskin itulah Allah Taala lantik baginda menjadi Nabi kerana yakin manusia tidak perlukan duit tetapi perlukan penjelasan. Penjelasan pertama yang perlu diberitahu ialah dunia ini kepunyaan Allah.

Allah juga mengadakan akhirat untuk membalas perbuatan manusia nanti.


W: Umno juga mengagungkan perjuangan bangsa?

MB : Bangsa tidak boleh hendak diubah. Kalau kita kempen sekali pun orang Cina tidak akan menjadi Melayu. Perkara ini tidak boleh diubah. Saya sendiri orang Melayu tidak merasa mujur menjadi bangsa Melayu, kalau menjadi Cina pun tidak apa.

Sedangkan bangsa tidak boleh diikhtiar hendak diubah. Saya mujur kalau saya jadi orang Melayu yang Muslim. Kalau saya jadi Cina Muslim pun mujur. Islam dan tidak Islam ini perkara yang boleh diiktiar. Bangsa ini tidak boleh diubah. Sejak dilahirkan lagi kita sudah menjadi bangsa Melayu.

Kita tidak boleh hendak cemburu kepada orang Cina kerana dia Cina, apa yang boleh kita cemburu ialah sifat yang ada pada bangsa itu. Inilah yang PAS sibukkan.

Umno tidak hendak ikhtiarkan supaya sifat ini menjadi baik. Baik itu bila guna Islam, iman dan taqwa. Inilah yang PAS sedang usahakan supaya manusia menjadi baik.

Umno tidak boleh menyelamatkan bangsa menjadi baik dengan bergantung kepada semangat bangsa sahaja.

W:
Adakah Cina Muslim juga boleh dilantik sebagai ketua kerajaan
?


MB : Orang Cina boleh jadi Menteri Besar Kelantan sekiranya dia Islam, warak dan berpelajaran. Tapi orang Umno tidak boleh kata Cina boleh menjadi MB sekiranya dia Melayu.

Soalan buat ex UPSR

1.BEZAkan MELAYU yang Islam dengan MELAYU yang melayu ?

A) berKopiah, yang satu lagi Bersongkok
B) berMUKTAMAR yang satu lagi BerHIMPUN
C) ALLAHU AKBAR , yang satu lagi Hidup Melayu
D) Agamaku Islam , satu lagi Bangsaku Melayu
D) Semua diatas


:-)


9.30 malam Isnin

Dapat bertemu sahabat lama al fadhil us umran ( sejak musim lepas belum berjumpa , itu pun di mekah hanya sempat telefon sahaja)..dapat bersama berbual dan bertukar-tukar fikiran dan idea...Komik "Abid yang tertipu" dan banner Islam 1 set telah kutitipkan buat bekal

10.30 mlm :
Kuliah Tarbiyyah di iqra ul madrasah

Rabu

Bersama pelajar MARA

dapat surat untuk siap-siap pada 9 dan 10 ada kursus di KKJ pula.

Tuesday, September 05, 2006

Lambaian RAMADHAN




Jika kita selalu mengingati dosa kita,
kita tidak nampak dosa orang lain,
apatah lagi hendak menceritakannya.

If we often remember our sins,
then we will not see the sins of others,
what more to talk about them.


Isnin
Sehari suntuk ready untu rakaman TV, susah juga...
malam tersebut bersama jamaah Bandar Damansara.

Selasa
Bersama sahabat2 TEGUH di Gombak

11pg - talk di Jalan Dungun.

Zohor : Masjid KLCC/ Petronas

Maghrib : bersama Jamaah Subang.

Ya Allah , tambahkan ilmu dan Pengalaman ku..
Buat menerangi hidup ini..
AMIN

Sunday, September 03, 2006

Bijak Merancang Atau kita Dirancang





Kenalah Jaga
Sembahyang Sungguh-Sungguh [1]

10.23 pagi di Kedai Kopi Pak Kassim, Atan dan Sazali berbual..

Dengar tak Man AZAN pagi tadi ?

Ada ke orang Azan,Azan apa

Subuh?

Alamak , saya bangun lambat la

Jadi , kau tak dengar azan la

Ye la..
Seruannya? Ajakannya ? Macam mana

Qadha la , apa lagi !!

Kau kena qadha 2 !, Subuh dan Azan sekali :-)

****************************************************************

SOlat adalah ibu segala ibadah, tiang agama, pembangun insaniah dan umat,
maka sembahyang hendaklah istiqamah mengerjakannya.

Dijaga sungguh-sungguh roh sembahyang itu bahkan kalau boleh sekalipun perkara yang sekecil-kecilnya hendaklah dipelihara seperti :


  1. mempertahankan sunatnya,
    jauhi yang makruh di dalam sembahyang,
    sembahyang di awal waktu,
    pertahankan sembahyang jemaah,
    luruskan saf, rapat-rapat ketika sembahyang jemaah.
Kemudian jauhi bersembahyang di tempat di mana bangunan yang dibina daripada duit haram atau syubhat, kosongkan tempat sembahyang dari perkara yang boleh mengganggu fikiran kita ketika mengerjakan ibadah sembahyang seperti jangan ada di dinding masjid atau surau gambar-gambar yang boleh melalaikan kita.

Cadangan

Tempat sujud biarlah kain putih, agar kita benar-benar dapat membuat penumpuan kepada kerja sembahyang.

Begitulah juga jauhi daripada bersembahyang di tempat yang sibuk, tempat lalu-lalang orang, tempat hingar-bingar, hirukpikuk yang boleh mengganggu kekhusyukkan kita di dalam sembahyang, yang boleh mengganggu kita untuk menghayati sembahyang sepenuhnya agar sembahyang kita itu benar-benar membina fikiran kita dan membangunkan jiwa kita.

Agar sembahyang betul-betul mendidik kita hingga boleh mengubah sikap dan perihal hidup kita daripada jahat kepada baik.

Hasil Produk Solat

Rasa takut, rasa bimbang, rasa malu, rasa gementar, rasa hina diri, rasa lemah dan dhaif, meminta, mengharap, mensucikan dan mentaqdiskan ALLAH , membesarkan-Nya, merindui, bermanja-manja, merasa dilihat-Nya, merasa didengar-Nya, merasa dikuasai-Nya, rasa diketahui-Nya, memenuhi lubuk hati kita.

Dengan cara itu subur jiwa tauhid kita dan sekaligus dapat menghidupkan jiwa kehambaan di dalam jiwa kita dan dengan itu ruang-ruang yang mengganggu dan melalaikan kita tertutup habis.

Maka oleh yang demikian sembahyang itu semakin lama makin
memberi kesan kepada fikiran, jiwa dan sikap serta perilaku kita.

SOLAT kita akan mendidik KITA...jadi orang semakin pupus mazmumahnya..

Mari kita merancang untuk BERSEDIA untuk SOLAT...
1- Pilihlah waktu yang AWAL
2- Pilihlah tempat yang BAIK ( masjid , surau )
3- Jadilah Makmum yang MUAFIQ ( kalau dapat jadi imam atau Bilal lagi best)

...banyak lagi... Payah kan!
Peratus kepayahan itu boleh dikurangkan dari masa ke semasa dengan
PERANCANGAN..
Selamat Merancang..

website counters
Adelphia DSL

 

Mari senantiasa kita berselawat ke atas Nabi SAW

Powered by Blogger

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com