VIDEO KHAS BUAT YANG MENANGGUHKAN TAUBAT " ALA ..MUDA LAGI !! -

Menu Utama >>

Mabrur Yang Hidup

MABRUR ? ia adalah cita-cita tertinggi dalam hasil perlaksanaan ibadah seorang hamba, dan ia juga sepatutnya berlaku secara harian dalam diari kita. Tapi dari segi realiti memang payah...sebab tu kita kena tolong menolong, ingat mengingati.. dan jangan 'lalai melalaikan'...musuh semakin berpengalaman dan kreative..

Monday, December 12, 2011


Sambil melihatlah kebesaranNya di atas kepalamu..
sedarlah kebesaranNya sedang..

mengalir darah ditubuhmu..
mendegupkan jantungmu
... mendenyutkan nadimu..

RezekiNya kau makan
UdaraNya kau sedut


BumiNya Kau henjak
LangitNya menjadi teduhan..

"Apa lagi yang belum cukup?"

...untuk kau membesarkanKu...

Jom , solat gerhana bulan dua rakaat..
berjemaah dengan jemaah di masjid/surau
atau dirumah dengan family
atau sorang2 je..

atau bagi ibu-ibu yang berhalangan uzur..

mari berzikir Allahu Akbar 1000 x

..sambil mengiringi detik 'kepulangan' kita..

semua kepadaNya..

(jua selamat pulang KT85 Pakej Nilam & team Madinahat
..bila-bila masa akan mendarat di KLIA)

bawa semangat Muhajirin dengan..
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد

Sunday, April 19, 2009

Ikhlas ; Permulaan Bagi Mabrur yang Panjang


SUSAHNYA BERLAKU IKHLAS

Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana -kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta, kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan, kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerja-kerjanya. Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah ternoda.

Justeru apa yang dibuat itu `kerana Allah`nya telah bercampur dengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu `kerana Allah`nya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu. Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi.
Di Akhirat nanti Allah meminta orang itu, "Pergilah minta pahala daripada orang yang awak keranakan itu." Allah Taala tidak akan membalas kebaikan apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi ada kerana yang lain selain Allah Taala.

Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti ceramah, dakwah, mengajar, belajar, gotong-royong, membaca Al Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi hadiah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan orang ramai.

Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar, jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.

Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di pertengahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung atau di akhir perbuatannya.

Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.

a. Niat rosak di awal lagi.

Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian. Sama ada kita yang membuat program itu, mahupun penduduk tempat itu menjemput kita.
Hati kecil kita pun berkata: "Ha! Inilah masanya aku akan popular."
"Aku akan terkenal!"
"Adalah peluang duit poket!"
"Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku selama ini." "Barulah mereka tahu siapa aku!"
"Padanlah muka mereka nanti!"

Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudah tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.

b. Rosak di pertengahan.

Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjalanannya. Mula-mula memang dibuat kerana Allah.
Hati berkata: "Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi peluang sudah ada atau sudah terbuka."
"Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah marah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu."

Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya, dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan menunjukkan ada respon dari orang ramai. Hati kita pun berbunga. Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hati untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati kita pun membisikkan kepada kita:
"Hebat aku ni!"
"Boleh tahan juga aku ini."
"Payah juga orang lain hendak menandingi aku."

Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi. Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan. Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

c. Rosak di hujung.

Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyampaikan dakwahnya. Di waktu itu hatinya masih baik. Belum tergugat lagi. `Kerana Allah Taala`nya masih belum terungkai lagi.

Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun bercakap: "Ustaz bercakap tadi sedap betul."
"Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja tanda memberi respon."
"Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini, ustaz akan lebih lagi lincah dan matang."



Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisikkan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan berkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam berceramah atau pidato. Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu telah terkorban.

Ibarat membangunkan rumah atau bangunan, siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh. Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana kita.

Thursday, March 15, 2007

http://www51.rockyou.com/my_gallery.php?instanceid=59832156&islocal=true

Sunday, February 25, 2007

Merancang untuk IBADAH





...Allah SWT mengajar kita MERANCANG


Hidup kita ini adalah 'hasil' perancangan DIA yang Maha Halus PerancanganNya.

Subhanallah...

MAri mencontohi Af''al Allah SWT..

S0..Rancanglah untuk berbuat HASANAH esok...

dah yang hari ini ?

Yang hari ini , adalah hasil perancangan semalam...

Alamak..ana tak rancang semalam..

so yang enta buat hari ini ????? hasil perancangan sapa?

:-I

Lihat Ali Imran :

3.54 . And they ( the disbelievers ) schemed , and Allah schemed ( against them ) : and Allah is the best of schemers .


Bahasa Kita bermaksud: " Orang-orang kafir itu membuat perancangan, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik perancang".

Kaafirin : rancang tipu kita

Muslimin : rancang buat kebajikan untu diri, masyarakat dan ummah

so kita rancang apa?

Pengalaman itu ILMU


..Ya , ia adalah ILMU yang Hidup..

Semoga Ibadah kita diterima Allah SWT.. dan bertukar menjadi 'asset' perjuangan :-
1- Membuahkan istiqomah
2-Melahirkan akhlak mulia
3-Menambahkan lagi rasa kehambaan
4- Kuatkan lagi untuk memperjuangkan Islam

Tapi...
tak mudah kan?

Mabrur ?
atau
hanya Maqbul ?

Hanya DIA yang Maha TAHU...
tapi tanda nya ada dirasakan oleh empunya diri..
juga dilihat oleh orang lain...

Begitulah ex-Haji tahun ini...maklumlah berpeluang mengerjakan haji 'akbar'
ALLAH U AKBAR

Pengorbanan 'kabir' tak cukup untuk dapat Haji Akbar
Tadhiyyah 'akbar ' untuk Haji Akbar

Kan tak jauh beza dgn ex-solat, ex-pembayar zakat, ex-sooim dsb..

Kalau dalam Surah Al-Jumuah..

FirmanAllahS.W.T.
Bermaksud : Apabila telah ditunai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah, dan ingatlah Allah sebanyaknya , moga kamu berjaya ”.
(Surah Al-Jumuah :10)


Lepas solat , ada hal yang perlu dilakukan lagi dan lagi...
Cari 'fadl' Allah..

Mari bekerjasama

Jgn 'memerangkap' kan atr satu sama lain..

Thursday, December 14, 2006

Lambaian Rasulullah SAW


Fidaka Ya Rasul..

Allahumma Solli A'la Muhammad

3 hari ana di Madinah Al Munawwarah..

sebelum itu
5hb Disember 2006 bersama KT 35
daftar diri di kelana Jaya jam 7.15 pagi
so pagi2 dalam jam 4 pagi...ayahanda bonda juga adik perempuan bersama
my family bertolak meninggalkan 'syurga' ku menuju
ke Bumi Anbiya..
Ya , satu hari yang disayang akan juga ditinggalkan..

dengan penerbangan MH07 meluncur meninggalkan KLIA...
ianya adalah seminggu yang lalu..

Kini ku menjadi tetamu Mu Ya Rasul...
Menziarahi Masjid Mu dan Maqam Mu..
Memberi Salam tanda penghargaan seorang Umat kepada
Junjungan Mulia SAW...
Assalamualaika Ayyuhan Nabiyu Wa Rahmatullah Wa barakatuh.

Juga Kepada Penyokong Kuat Mu
Saidina Abu Bakar As Siddiq
Assalamualaika Ya Khalifata Rasulillah
Sahabat Mu , Bapa mertua Mu

Juga kepada Sahabat mu juga Bapa mertua Mu
Amirul Mukminin Saidina Umar Al Khattab
Assalamaulaika Ya Amiral Mukminin..

Disekitarku ramai umatMu Ya Rasul ...
Datan dengan tujuan yang sama menziarahiMu
lantas memperbaharui CINTA
kepada Mu..

CINTA ku Hanyalah Untuk Allah
dan untuk Rasulnya SAW.

Alhamdulillah..
Saya ditempatkan di Al-Haram Hotel..
Ada 14 tingkat.
Terletak dibelakang masjid sebelah Utara.

Perumahan Jemaah Haji Msia disini
dikenali sebagai Zon 1 , dan juga ditempatkan pejabat Maktab Swasta..

Dapat menziarahi Jannatu Baqi' bersama sahabat khirrij Madinah
Putera Shith al - Madani di pagi yang sejahtera..

em... baru terima laporan pesakit stroke yang nak dibawa ke Makkah
bersama kawan2bergegas ke klinik Msia di Ibu Pejabat TH Madinah...
Bertemu dengan pihak berwajib...berbincang..

Ya , Muafakat diambil bahawa JH tersebut tiada taklif berada dalam ihram kerana masalah stroke..

Tiiba-tiba , pengarah perubatan Madinah bergegas naik bertemu
dengan kami mengkhabarkan seorang JH wanita kembali ke Rahmatullah ...

Al Fatihah

Ya setiap yang hidup pasti merasai mati...

Ada hadith..
"Sesiapa mampu mati di Madinah maka berusahalah kerana nanti
aku mensyafaatinya di Akhirat "

Beruntung arwah dan suami yang hadir , berita yang diterima
mereka belum sempat check in pun.

Petang ni hantar 5 orang kawan-kawan ke Makkah
mereka tumpang KT20
Lusa ana nak ke Makkah

Alhamdulillah , dapat dengan GMC
bertemu di Lobi Al-Haram jam 5.30, 6ptg sampai
di Bir Ali ( Dzulhulaifah)
Solat Maghrib/isyak secara Jamak Takdim.

Labbaikallah humma Laibaik..
Jam 10 sampai
pagi Jumaat jam 1pagi...
Tawaf Umrah, Siae Umrah Tahullul dengan cara Muhaliq..
bersama sahabat Nukman Fadil.dan petugas Celcom..

Alhamdulillah...
Pagi esok , ana melapor diri di Aziziah Hospital..

Tksh..

Saturday, December 02, 2006


WARNA MIQAT KU ?

Qarnul Manazil kah aku nanti

atau

Bi'ru A'li juga..

Sungguh mendebarkan..

Mula-mula 28hb ke Madinah

then

forward

ke 4hb Dis ke Mekah dengan flight komersial

then

ku terus menanti

segala berkemungkinan

TERKINI

2hb Dis

bersama KT 30

nampaknya

MIQAT ku

ialah

Bi'ru Ali

2hDis , jam 8.30 malam melapor diri...

4 jam kemudian naik lah ke flight...

Moga semua kita diterima IBADAHnya..

JUmpa lagi..




Tuesday, November 28, 2006

SIMPATI di Dzulkaedah...


AMPANG -
http://www.tranungkite.net/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=2255&mode=thread&order=0&thold=0

website counters
Adelphia DSL

 

Mari senantiasa kita berselawat ke atas Nabi SAW

Powered by Blogger

©1425/2004 abufateh.blogspot.com®
Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah, s.w.t.)
mabrur97@gmail.com
mhasan97@yahoo.com